Tuesday, June 16, 2009

KeNaLi Ana MusLim Dan Blue T

Blue-T Publication Sdn. Bhd. (643137-A) merupakan anak syarikat Blue-T Communications Sdn. Bhd. (343098-H) yang dimiliki 100% Bumiputera dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta memiliki Lesen Kementerian Kewangan dan Lesen Taraf Bumiputera daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Pencapaian Blue-T dalam bidang penulisan, penerbitan dan pengedaran terbukti dengan penghasilan buku-buku teks di peringkat sekolah rendah dalam subjek Sains, Kementerian Pelajaran Malaysia terpilih sebagai penerbit buku teks Tabika Perpaduan, Tadika JAIS dan Tadika Awam di seluruh negara semenjak tahun 1996 hinggalah sekarang.

Blue-T Publication Sdn Bhd telah menerbitkan sebuah majalah berkala yang didaftarkan atas nama ANA MUSLIM dan mempunyai permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Majalah ini disasarkan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan mesej Membentuk Peribadi Mulia. Sehingga kini Majalah Ana Muslim telah pun berada di pasaran sebanyak 42,000 edaran di seluruh Malaysia.
Blue-T Publication Sdn Bhd juga menerbitkan sebuah majalah berkala yang didaftarkan atas nama SAYANG MUSLIM yang mensasarkan pembaca berusia 5 hingga 9 tahun. Majalah Sayang Muslim mengandungi cerita-cerita kartun yang menarik, ringkas dalam menyampaikan mesej dan nilai-nilai murni bagi membentuk Asas Perbadi Mulia di kalangan kanak-kanak. Sehingga kini Majalah Sayang Muslim telah pun berada di pasaran sebanyak 22,000 edaran di seluruh Malaysia.

0 comments: